Mempercayai seseorang bukanlah mudah
sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul
dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum
mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih
tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan
mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu
meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi
mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada
faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.